Monday 30 January 2012

Assalamualaikum w.b.t

Bagi matapelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5, murid-murid akan belajar pelbagai jenis mata jahitan di bawah sub topik membaiki pakaian. Antara mata jahitan bagi murid-murid tahun 5 adalah
1. jahitan kia
2. jahitan jelujur halus
3. jahitan jelujur kasar
4. jahitan silang pangkah
5. jahitan suji bilang
6. jahitan insang pari
7. jahitan butang
8. jahitan sembat susup

Selain dari mata jahitan, murid-murid juga akan didedahkan dengan alatan jahitan dan fungsi-fungsi alatan jahitan tersebut. Antara alatan jahitan yang akan dipelajari ialah

1. gunting kertas
2. gunting fabrik
3. benang
4. jarum jahit
5. jarum peniti
6. penetas jahitan
7. kapur tukang jahit
8. pita ukur

Klik kan disebelah kanan untuk memulakan pembelajaran jahitan kemahiran hidup tahun 5. Selamat Belajar.