TUTORIAL 2



Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. Kain felt yang telah di gunting menjadi bentuk seekor burung ( kain felt warna oren ) dan kepak           ( kain felt warna biru )
  2. riben ( 5 cm )
  3. ring
  4. 3 jenis butang
  5. mata
  6. fiber


 Alatan yang diperlukan adalah seperti berikut :
  1. gam uhu
  2. jarum tangan
  3. gunting
  4. benang
Jahitakan kepak ( kain felt bewarna biru ) dengan menggunakan jahitan kia, sembat susup atau jelujur halus di atas badan burung ( kain felt warna oren ). Jahitkan butang 4 lubang dan butang 2 lubang dengan menggunakan benang. Gamkan mata dengan menggunakan gam uhu.
 Riben digam pada badan burung dengan menggunakan gam uhu. Riben tersebut perlu di gamkan terlebih dahulu sebelum langkah menjahit dimulakan. Riben tersebut akan dipasangkan dengan ring.

 Mulakan jahitan dengan menggunakan jahitan kia. Seterusnya untuk mencantumkan kedua-dua keping badan burung tersebut dengan menggunakan jahitan insang pari yang telah kamu pelajari dalam topik jahitan Kemahiran hidup Tahun 5.

Pastikan jahitan insang pari dijahit dengan kemas dan teliti supaya kedua-dua kepingan kain felt itu bercantum.

 Beginilah rupa jahitan insang pari yang hampir siap. Jangan habiskan jahitan insang pari tersebut kerana kamu perlu letakkan fiber kedalam badan burung tersebut.
Masukkan fiber kedalam badan burung. 




Bagini rupa burung apabila siap. Cikgu namakan burung ini dengan nama Little Birdie..
Mudahkan..cubalah dengan guru kamu dan boleh mencuba juga di rumah bersama ahli keluarga.
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment